Cara Simple Pakai Shawl yang Menutup Aurat

Assalamu'alaikum wbt. Sesungguhnya menutup aurat adalah wajib terutamanya kita sebagai muslimah. Melabuhkan tudung itu lebih baik kerana ia menutup aurat di bahagian dada kita. Walaupun kita suka berfesyen, kita perlu utamakan aurat kita. Labuh itu sempurna. Labuh itu menutup aurat.

Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya. (Riwayat Bazzar dan At-Tirmizi)




Saya ingin berkongsi cara simple untuk memakai shawl yang menutup aurat kepada muslimah semua. Mari kita fahami dan cuba cara di bawah ini.

Cara Simple Pakai Shawl yang Menutup Aurat







(1) Bahagikan shawl kepada dua bahagian.
(2) Bahagian panjang shawl bawa ke belakang dan bahagian pendek bawa ke bahu sebelah seperti dalam gambar, centerkan dan pin dengan keronsang.
(3)(4) Bawa ke depan shawl panjang tadi dan letakkan di atas kepala seperti dalam gambar.
(5) 'Center'kan mengikut kesesuaian anda.
(6) Kemudian, pinkan di bahagian sisi kiri dan atas kepala supaya kemas.
(7) Bawa volume shawl yang terbentuk seperti huruf U tadi ke sebelah kanan.
(8)(9) Kemudian, letakkan di bahagian atas separa dengan telinga anda dan tutupkan dengan shawl lapisan luar, kemudian pinkan sekali lapisan luar dan dalam.
(10) Shawl labuh ini siap untuk digayakan.
(11) Untuk menambah seri, anda boleh padankan dengan aksesori seperti flower brooch.


Haa, kan cantik kalau bertudung macam ni. Menutup aurat dengan sempurna =)


sumber: fb


Ida Ahmad Azni

Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti Malaysia Sarawak. Mula menceburkan diri dalam penulisan blog pada tahun 2009. Bercita-cita untuk menjadi HR professional yang berjaya dan mempunyai angan untuk menjadi seorang penulis.

No comments:

Post a Comment