KOLEJ MATRIKULASI KEDAH: Permulaan Selepas Tamatnya SPM

Mengenang kembali. Sewaktu di sekolah mengambil slip keputusan SPM. Aliran Sains di sekolah, tapi hanya subjek teras sahaja berjaya memungut gred A. Yang selebihnya, cukup makan sahaja. Dengan keputusan sebegitu, mana mungkin dapat diterima masuk ke Matrikulasi aliran Sains. Rezeki bukan di universiti pada masa itu. Cuma dapat tawaran daripada Politeknik dan juga Form 6. Itupun kira bersyukur daripada tak ada langsung.

Disebabkan diri nekad untuk menaiki tangga menara gading, lalu saya putuskan untuk menyambung Form 6 dahulu. Kononnya nak struggle habis masa Form 6 supaya dapat sambung ijazah. Mula-mula aliran sains, selepas itu, tukar aliran sastera pula. Dah merasa naik Form 6, barulah tahu susah. Well, nak berjaya kena bersusah-susah dahulu.


KOLEJ MATRIKULASI KEDAH: Permulaan Selepas Tamatnya SPM

Lebih kurang dua tiga minggu berada dalam Form 6, tub..tub dapat berita daripada kawan. Memang terkejut beruk dapat tahu saya dan kawan sekolah saya, Hanani ditawarkan untuk Program Dua Tahun Matrikulasi di Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun. Alhamdulillah, rupanya ada lagi rezeki Allah nak bagi. Ternyata, Kolej Matrikulasi Kedah adalah sebagai permulaan sebenar selepas tamatnya SPM. Yes, that’s it.

Throwback hari pendaftaran di Kolej Matrikulasi Kedah (KMK). Memang teruja apabila pertama kali menjejakkan kaki di KMK. Ramai ibu bapa bersama satu famili yang datang untuk mendaftarkan anak mereka di sana. Saya dapat roommate 3 orang, masing-masing berasal daripada Kelantan, Perlis dan juga Alor Setar. Ketiga-tiganya aliran Modul 2. Saya seorang sahaja aliran Modul 1. Syukurlah mereka adalah roommate yang best.

Saya ditempatkan di kelas B1T2A (praktikum: B1P2). Kebetulan kenal dengan ‘Adilah semasa hari pendaftaran. Nak dijadikan cerita, dia pun sekelas dengan saya. Haa, jodoh kami kuat agaknya. Hari pertama kami kelas memang tak dapat dilupakan. Kenapa? Sebabnya kami berdua salah masuk kelas, haha. Dah tahu salah kelas, dengan slumber dan tebal mukanya, kami inform pada lecturer yang mengajar lab kelas mana entah. Amaklumlah, kami baru lagi sebab kami second intake. So, teraba-raba lah nak cari kelas masa first day. Kira syukurlah juga jumpa kelas yang betul pada hari kejadian walaupun masuk lewat. Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Pelbagai suka duka terbina di zaman matrikulasi. Nak cerita pun banyak sangat. So, dapat share yang tertentu sahaja. Di situ, saya dapat mengenali budi bahasa orang-orang daripada negeri-negeri selain Kedah terutamanya negeri pantai timur seperti Kelantan. Sejak di Matrikulasi, saya mula belajar loghat Kelantan. Itupun sedikit sahaja dapat tahu beberapa perkataan daripada roommate. Apapun loghat Kelantan sangat unik. Suka sangat dengar. Amaklumlah, pernah jatuh hati dengan someone di sekolah rendah yang berdarah Kelantan, hehe. Opps, pecah tembelang. Selain itu, dapat juga lah kenal nasi kerabu Kelantan macam mana disebabkan di kafe ada dijual. Tapi, kawan cakap, sedap lagi jika ianya air tangan orang Kelantan. Ya, itu tak dapat dinafikan.

Seterusnya, saya menjadi salah seorang daripada ahli Majlis Tindakan Dakwah (MTD). Saya sebagai AJK di bawah Lajnah Penerbitan. Pernah juga join untuk menjadi pengadil badminton. Bersangkutan dengan pengadil badminton, saya join pula ahli Kelab Rakan Perpustakaan (KRP). Kenapa berhubung kait? Sebab orang yang menguruskan hal pengambilan pengadil badminton tersebut minta tolong saya untuk cari ahli baru KRP yang terdiri daripada pelajar PDT. Dia pun sebenarnya pengerusi KRP pada masa itu. Kebetulan dia tak kenal seorang pun pelajar PDT melainkan saya seorang. Semuanya berikutan jadi pengadil dalam pertandingan badminton. So, saya lah tukang cari sesiapa yang berminat nak jadi ahli.

Cerita tadi semua berkisar tentang PDT. Semasa Program Satu Tahun (PST), tak berapa best seperti PDT. Ya lah, terpaksa berpisah dengan kawan-kawan PDT. Sekelas pula dengan yang muda setahun daripada saya. Tetiba jadi pangkat ‘kakak’, Kak Ida, huhu. Naik sahaja PST, silibus lebih mencabar, jadualnya padat, dan stress pun meningkat. Nak kata pandai sangat, memang taklah. Keputusan di Matrikulasi memang cukup makan. Kadang-kadang, tak cukup makan pun ada. Sesungguhnya, aliran Sains amat mencabar bagi yang orang yang berprestasi lemah seperti saya.

Namun, tanpa Kolej Matrikulasi Kedah sebagai permulaan selepas berakhirnya zaman persekolahan, saya tidak akan memperoleh pengalaman yang manis dan juga pahit di zaman pra universiti. Segalanya yang berlaku dianggap sebagai motivasi dan juga iktibar kepada diri sendiri.


Ida Ahmad Azni

Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti Malaysia Sarawak. Mula menceburkan diri dalam penulisan blog pada tahun 2009. Bercita-cita untuk menjadi HR professional yang berjaya dan mempunyai angan untuk menjadi seorang penulis.

12 comments:

  1. Salam kak xD sya dpt KMK.. Nak tnya.. Ksut yg kena pkai kat sna jenis apa eh? waktu kuliah kasut apa? And waktu sukan kasut ape? Klu pkai sneaker ja x pa kan? Warna pa2 pon x pa ka? xD #saya masih konfius dgn kasut nie# Harap kak dpt jelaskan. Hihihi >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Tahniah, dik. Selamat maju jaya. Berkenaan kasut kuliah, better pakai kasut hitam yang bertutup. Waktu sukan pulak pakai sport shoes. Kalau dah lama2, baru berani nak tukar sneaker. Biasanya mcm tu la, tengok keadaan semasa dan orang sekeliling. Hehe.

      Delete
    2. ouh, mcm tu. Kasut hitam tu kasut jenis berkulit ka? mcm kasut PVC? gitu?

      Delete
    3. Yup, PVC hitam. Beli dlm RM30-RM40 pun tak pa dah. Macam pengawas sekolah pakai tu pun dah ok dah.

      Delete
    4. Kak, klu kasut mcm nie ? Bole pakai dak?
      http://i990.photobucket.com/albums/af25/ainchanlay/kasut_zpsbegvevir.jpg

      Delete
    5. Ouh okay kak! Tima kasih byak2 !! xDDD >,<

      Delete
  2. Salam kak, saya nak tnya lgi nie. Hehe xD Kasut mcm nie boleh dipakai waktu kuliah tak?
    http://i990.photobucket.com/albums/af25/ainchanlay/ksut_zpsq2khalum.jpg

    ReplyDelete
  3. Salam, koko unit beruniform/sukan/kelab apa yang ada kat sana?

    ReplyDelete