Apa itu Human Resource Development (HRD)?
Kebiasaan di sesebuah organisasi atau syarikat mempunyai Bahagian Sumber Manusia (HR Department) yang berperanan untuk membangunkan sumber manusia atau dalam erti kata lain membangunkan prestasi serta kemahiran pekerja-pekerja di dalam organisasi atau syarikat tersebut. Bagaimana caranya? Justeru, Bahagian Sumber Manusia sendiri akan merancang dan menyediakan aktiviti atau program yang sistematik untuk warga pekerja meningkatkan pengetahuan serta kemahiran mereka supaya dapat mengaplikasikannya dalam bidang kerja mereka. Di samping meningkatkan prestasi individu pekerja, organisasi itu sendiri dapat mencapai dan menjayakan matlamat organisasi.Human Resource Development (HRD) is a process for developing and unleashing human expertise for the purpose of improving individual, team, work process, and organizational system performance (Swanson & Holton, 2009).
HRD is a set of systematic and planned activities designed by an organization to provide its members with the necessary skills to meet current and future job demands (De Simone & Werner, 2009).
Human Resource Development atau Pembangunan Sumber manusia dibahagikan kepada 4 cabang utama:
- Training & Development (Latihan & Pembangunan)
- Career Development (Pembangunan Kerjaya)
- Organizational Development (Pembangunan Organisasi)
- Human Resource Practices (Amalan Sumber Manusia)
Kadang-kadang, istilah Sumber Manusia (Human Resource) disalahertikan dengan Pengurusan Sumber Manusia (Human Resource Management). Sebenarnya komponen utama Sumber Manusia (Human Resource) merangkumi Pengurusan Sumber Manusia (Human Resource Management) dan juga Pembangunan Sumber Manusia (Human Resource Development).
Namun, kebanyakan Bahagian Sumber Manusia (HR Department) yang hanya tertakluk kepada matlamat Human Resource Management (Pengurusan Sumber Manusia) dan aktiviti seperti pengambilan pekerja, pampasan dan isu-isu pematuhan kakitangan pekerja sahaja tanpa membangunkan para pekerjanya melalui HRD.
Walau bagaimanapun, HRD penting dalam sesebuah organisasi. Melaluinya, kepakaran pekerja akan dikembangkan dan ditingkatkan melalui aktiviti yang dirancang dan ianya perlu dijalankan sama ada secara tempoh yang panjang atau pendek yang melibatkan individu pekerja bagi mencapai matlamat yang ditetapkan di dalam organisasi.
The Le_Meridian Funding Service went above and beyond their requirements to assist me with my loan which i used expand my pharmacy business,They were friendly, professional, and absolute gems to work with.I will recommend anyone looking for loan to contact. Email..lfdsloans@lemeridianfds.com Or lfdsloans@outlook.com.WhatsApp ... + 19893943740.
ReplyDeleteTerbaik
ReplyDeleteAssalamualaikum nak tanya apa kerjaya pembangunan sumber manusia?
ReplyDelete