Tips Persediaan Untuk Menghadapi Open Book Test

Apa reaksi pertama anda apabila pensyarah mengumumkan bahawa exam seterusnya ialah open book test? Kebanyakan pelajar menarik nafas lega kerana mereka fikir mereka boleh rehat tanpa buat persediaan. Tetapi benarkah begitu? 

Open Book Test ialah sejenis exam di mana para pelajar dibenarkan membawa buku rujukan, short notes atau apa-apa reading materials yang berkaitan dan bergantung pada syarat-syaratnya. Open book test mengajar anda bagaimana untuk mencari maklumat apabila anda memerlukannya. Soalan-soalan yang direka sebenarnya mengajar anda bagaimana untuk memerah otak anda untuk mengeluarkan pendapat mengikut kefahaman yang ada pelajari di dalam kelas.

Besar kemungkinan open book test adalah agak sukar. Ia akan menjadi lebih sukar lagi jika anda tidak melakukan apa-apa persediaan. Kebanyakan pelajar tidak membiasakan diri dengan konsep-konsep penting sebelum open book test. Hal ini kerana pelajar selalu fikir bahawa mereka dapat mencari jawapan. Ingat! Anda akan kehabisan masa jika anda bergantung sepenuhnya kepada buku anda untuk menjawab.

Berikut merupakan serba sedikit tips sebagai persediaan untuk menghadapi open book test.

Tips Persediaan Untuk Menghadapi Open Book Test

SEBELUM OPEN BOOK TEST

  1. Biasakan diri anda dengan buku dan bahan-bahan yang berkaitan.
  2. Jika dibenarkan, tulis semua formula penting dan maklumat penting di kertas yang berasingan supaya anda tidak perlu mencari lagi di dalam buku semasa exam nanti.
  3. Kenal pasti konsep-konsep keyword dan istilah yang berkemungkinan akan muncul di dalam soalan exam. Selepas itu, cari lokasi maklumat tersebut di dalam buku yang boleh digunakan semasa exam.
  4. Jika dibenarkan, highlight isi penting serta gunakan sticky notes untuk menulis segala info yang penting dan lekatkan di bahagian tertentu di dalam buku anda. Anda juga boleh menulis short notes di margin buku supaya senang untuk dirujuk semasa exam berlangsung.

  SEMASA OPEN BOOK TEST

  1. Bawa semua bahan-bahan dan buku yang dibenarkan pensyarah.
  2. Jawab dahulu soalan yang anda rasa anda familiar atau soalan yang anda tahu jawapannya sebelum menjawab soalan yang perlu ada rujuk jawapannya di dalam buku.
  3. Jangan sekali-kali menyalin maklumat secara bulat-bulat daripada buku sebagai jawapan anda. Pensyarah sangat concern dengan apa yang pelajar mereka telah pelajari, dan bukannya pensyarah nak tengok sama ada kita terror atau tidak cari maklumat di dalam buku.
  4. Gunakan quotation daripada buku yang digunakan untuk support pendapat anda, tapi jangan terlebih guna pula. Sebaiknya anda paraphrase ayat di dalam buku menggunakan ayat sendiri. Pastikan anda lebihkan memberi pendapat mengikut kefahaman anda serta mengikut apa yang anda pelajari di dalam kelas.
  5.  
Diharap tips yang dikongsikan ini dapat membantu anda untuk melakukan persediaan yang mencukupi. Akhir kata, gunakan masa yang ada dengan baik untuk melakukan persediaan sebelum open book test berlangsung. All the best. Ganbatte! =)


Ida Ahmad Azni

Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti Malaysia Sarawak. Mula menceburkan diri dalam penulisan blog pada tahun 2009. Bercita-cita untuk menjadi HR professional yang berjaya dan mempunyai angan untuk menjadi seorang penulis.

3 comments:

  1. Selalunya soalan open book test lg susah dr yg biasa.

    ReplyDelete
  2. i am nervous for my first time open book test tomorrow...pray for me

    ReplyDelete
  3. doakan saya...besok exam ni huhu

    ReplyDelete