WARKAH CINTA di TV AL HIJRAH


Warkah Cinta adalah terbitan Alkahfi Pictures telah bersiaran pada 20 November 2012 di Tv AlHijrah. Warkah Cinta yang mempunyai 12 episod ini diadaptasi dari novel Warkah Cinta Berbau Syurga karya Ustaz A.Ubaidillah Alias. Skrip Warkah Cinta juga dikarang oleh Ustaz A.Ubaidillah Alias sendiri dan drama ini diarahkan oleh Mior Hashim Manap. Pelakon utama yang membawa watak Amir Mukhlis ialah Imam Muda Nazrul dan Heliza Helmi pula memegang watak sebagai Wardah. Manakala watak Balqis dilakonkan oleh Amira Rosli.


. keratan printscreen dari blog Ustaz A.Ubaidillah Alias .


. Heliza Helmi (Wardah) dan IM Nazrul (Amir) .


Watak-watak lain ialah Aidil Azhar sebagai Rahim, Riaz Soppian sebagai Zaki, Mardiana Alwi sebagai Tasnim, Che Kem sebagai Latif (Papa Wardah), Huefiros Efizi sebagai Rozmi, Fathanah Amirah sebagai Atifah, dan Shahrizan Salleh sebagai Shamsul.


. tiga orang sahabat .

. Wardah dan Tasnim di UM Nilam Puri .


. Zaki, Shamsul dan Wardah .
. Pengarah dan pelakon Warkah Cinta .
. scene babak Wardah tenat sakit di wad hospital .
. Kawasan Pantai Cahaya Bulan menjadi  sebahagian tempat penggambaran Warkah Cinta .


OST LAGU WARKAH CINTA
TAJUK: "Warkah Cinta Berbau Syurga"
LAGU: Bazli UNIC
LIRIK: Ustaz A. Ubaidillah Alias
PENYANYI: Imam Muda Nazrul ft UNIC 





Sempena drama Warkah Cinta, novel Warkah Cinta akan dicetak buat kali keempat dengan perubahan yang baru iaitu cover novel dilatari wajah Heliza Helmi, IM Nazrul dan Amira Rosli. Selain itu, persembahan isinya juga baru dan terdapat gambar-gambar pin-up di set drama. Malah ada sedikit penambahan babak di penutup novel. Di dalam novel versi baru ini juga terdapat tiga testimoni oleh tiga pelakon utama termasuk satu testimoni dari pengarah drama Warkah Cinta. Nantikan kedatangan novel Warkah Cinta Berbau Syurga versi baru di pasaran tidak lama lagi.




Saksikan drama Warkah Cinta di YouTube:

Sambungan drama Warkah Cinta iaitu drama Cinta & Wahyu:



Updated: 19 Disember 2012

Ida Ahmad Azni

Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti Malaysia Sarawak. Mula menceburkan diri dalam penulisan blog pada tahun 2009. Bercita-cita untuk menjadi HR professional yang berjaya dan mempunyai angan untuk menjadi seorang penulis.

5 comments:

  1. Assalamualaikum ukhti , syukran jazeelan for this info about Warkah Cinta . JazakAllah =)

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumsalam wbt.. Afwan.. Syukran aidhon for reading my blog.. Come here next time :D

    ReplyDelete
  3. Bleh x nk tnye lagu arab yang ad lam epsod last 2...ape tajuk dia....?????

    ReplyDelete
  4. Baru baca blog ni hari ni.. Kat mana ye boleh tgk balik cerita ni?

    ReplyDelete