Kursus/Subjek Mengikut Tahun Pengajian bagi Program Human Resource & Development (HRD) di UNIMAS

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera semuanya.
Di kesempatan ini, saya nak wish "Congratulations" kepada lepasan Matrikulasi & STPM yang berjaya mendapat tawaran menyambung ijazah pada bulan September 2014 akan datang. Bagi sesiapa yang dapat UNIMAS, saya ucapkan selamat datang. Semoga anda memanfaatkan peluang yang Allah bagi untuk menimba ilmu di bumi kenyalang.

 

Kursus/Subjek Mengikut Tahun Pengajian bagi Program HRD di UNIMAS 

Korang yang baru dapat tawaran program HRD mesti tertanya kursus/subjek akan yang dipelajari nanti? So, hari ini saya akan share serba sedikit di samping nak memenuhi permintaan seseorang yang ada tinggalkan komen. Tak tahu apa nama dia, tapi terima kasih ya sebab singgah di sini.

Di UNIMAS, semua pelajar wajib mengambil Kursus Teras (KT), Kursus Universiti (KU) dan Kursus Elektif (KE) mengikut jam kredit yang ditetapkan untuk layak bergraduat. Kursus Elektif (KE) terbahagi kepada dua: Kursus Elektif Program dan Kursus Elektif Universiti.

Kursus Teras (KT) adalah seperti berikut untuk program HRD:

Tahun 1 Semester 1
  • Matematik Perniagaan
  • Pengurusan Organisasi
  • Pengurusan Sumber Manusia
  • Pengenalan Sains Kognitif
  • Psikologi Kognitif

Tahun 1 Semester 2
  • Perkembangan Personaliti
  • Psikologi Perkembangan Manusia
  • Neurosains Kognitif
  • Pembangunan Sumber Manusia

Tahun 2 Semester 1
  • Tingkahlaku Manusia & Organisasi
  • Penrekaan & Pengurusan Program Latihan
  • Pembangunan Organisasi & Perubahan
  • Statistik

Tahun 2 Semester 2
  • Pengkaedahan Penyelidikan
  • Perundangan Pekerjaan

Tahun 3 Semester 1
  • Hubungan Industri
  • Pembelajaran Organisasi
  • Pembangunan Kerjaya dalam Organisasi
  • Projek Tahun Akhir 1

Tahun 3 Semester 2
  • Keseimbangan Hidup Bekerja
  • Sistem Maklumat Sumber Manusia
  • Pembangunan Sumber Manusia Strategik
  • Projek Tahun Akhir 2

Tahun 3 Semester 3
Latihan Industri


Kursus Elektif Program bermaksud kursus elektif yang berkaitan dengan program yang kita belajar di fakulti, misalnya program HRD. Manakala, Kursus Elektif Universiti bermaksud kursus elektif yang boleh diambil daripada fakulti sendiri atau fakulti-fakulti lain.

Berikut ialah senarai kursus yang boleh dipilih oleh pelajar HRD sebagai Elektif Program yang hanya ditawarkan bermula Tahun 2 Semester 2:

Tahun 2 Semester 2
  • Pengurusan Kualiti & Produktiviti, ATAU
  • Pengurusan Pampasan & Faedah

Tahun 3 Semester 1
  • Perancangan, Pengambilan & Pemilihan Sumber Manusia, ATAU
  • Pengurusan Prestasi

Tahun 3 Semester 2
  • Pengurusan Strategik, ATAU
  • Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

Antara contoh Kursus Elektif Universiti daripada pelbagai fakulti:
  • Kemahiran Asas Menolong
  • Psikologi Sosial
  • Asas Perakaunan
  • Prinsip Pemasaran
  • Komunikasi & Masyarakat
  • dan sebagainya

Seterusnya, Kursus Universiti (KU) pula iaitu:
  • Preparatory English I ATAU Preparatory English II
  • Pengkomputeran Pengguna Akhir
  • Alat Kuasa untuk Pekerja Ilmuan
  • Kursus Keterampilan Diri
  • Kursus Ko-Kurikulum Berkredit
  • English for Professional Purpose
  • Academic Reading & Writing
  • English in the Media
  • English for Self-Expression
  • Bahasa Melayu
  • Tamadun Islam & Tamadun Asia (TITAS)
  • Hubungan Etnik
  • Asas Pembudayaan Keusahawanan

So, itulah serba sedikit perkongsian. Pada minggu orientasi yang dikenali sebagai Minggu Aluan Pelajar (MAP) dan Hari Bersama Fakulti, anda akan diberi taklimat tentang universiti dan fakulti. So, jangan risau ya =)

Additional info: Untuk pertanyaan lain, join group fb ni: Bakal Mahasiswa UNIMAS - official group by MPP UNIMAS




Ida Ahmad Azni

Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti Malaysia Sarawak. Mula menceburkan diri dalam penulisan blog pada tahun 2009. Bercita-cita untuk menjadi HR professional yang berjaya dan mempunyai angan untuk menjadi seorang penulis.

3 comments:

  1. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Berapa peratusan budak melayu cina india lain2 ambil dgree hrd unimas zmn kakak?

    ReplyDelete