Petua Menurunkan Berat Badan


Berat badan meningkat apabila kita banyak makan tetapi kurang melakukan aktiviti fizikal. Justeru, pengambilan makanan dan aktiviti fizikal merupakan dua faktor utama yang mempengaruhi berat badan seseorang. Ada kalanya selera makan yang tinggi juga mempengaruhi berat badan kita kerana kita tidak dapat menahan diri kita daripada berhenti makan. Untuk mengelakkan daripada keinginan untuk makan terlalu banyak, amalkan minum air kosong selepas makan.

Petua Menurunkan Berat Badan

Berikut disertakan beberapa petua yang boleh diamalkan untuk menurunkan berat badan anda.

1. Tetapkan matlamat secara realistik. Sasarkan penurunan berat badan ½ kg atau 1kg seminggu. Berat badan yang turun secara perlahan tidak akan memudaratkan kesihatan.

2. Aktif bersenam. Lakukan senaman yang mudah seperti berjoging, berjalan laju dan senamrobik selama 30 minit, paling kurang 5 kali seminggu. Jika anda ketiadaan masa untuk bersenam, banyakkan berjalan kaki ke tempat belajar atau lakukan aktiviti harian seperti mengemas, menyapu dan sebagainya.

3. Kurangkan pengambilan kalori dalam makanan. Untuk menurunkan berat badan, anda disarankan mengurangkan kalori sebanyak 500kcal sehari (250kcal daripada diet dan 250kcal melalui aktiviti fizikal). Pastikan anda kurang mengambil minuman atau makanan yang manis dan berlemak. Selain itu, anda digalakkan untuk makan dengan kerap iaitu 5 kali sehari tetapi dalam kuantiti yang sedikit.


4. Timbang berat badan sekurang-kurangnya sekali dalam masa seminggu. Berat badan yang tepat dapat diperoleh pada awal pagi sebelum anda bersarapan. Menimbang berat badan pada waktu petang atau malam akan dipengaruhi oleh tarikan graviti.



sumber: majalah

Ida Ahmad Azni

Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti Malaysia Sarawak. Mula menceburkan diri dalam penulisan blog pada tahun 2009. Bercita-cita untuk menjadi HR professional yang berjaya dan mempunyai angan untuk menjadi seorang penulis.

No comments:

Post a Comment