Tips Mudah Menyusun Tugasan atau Assignment

Sebagai pelajar universiti seperti saya, sudah pasti banyak tugasan atau assignment yang diberikan oleh pensyarah. Kadang-kadang naik pening kepala rasa. Tapi, alhamdulillah universiti saya lebih mengamalkan group work untuk menyiapkan assignment. So, still boleh divide tugas sama rata antara semua group member. Kadang-kadang, di celah-celah assignment, ada terselit kuiz dan juga tutorial. Kena pandai dahulukan yang mana satu yang lebih utama. Maksud saya, boleh lihat pada due date of submission (tarikh akhir hantar) supaya dapat siapkan dahulu tugasan yang mempunyai due date yang lebih awal.

Tips Mudah Menyusun Tugasan atau Assignment

Mungkin anda ada cara tersendiri untuk menyusun tugasan anda, tetapi kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang dua cara mudah untuk menyusun tugasan supaya anda boleh merancang untuk mengerjakannya secara sistematik. Secara ringkas, kita boleh panggil ia "TASKS TABLE" atau lebih mudah disebut sebagai TT.




Melalui penggunaan TT, anda boleh mengisi dan mengemaskini setiap minggu atau hujung bulan bergantung kepada keperluan anda. Apabila tugasan di petak TO DO selesai, pindahkan pada petak DONE. Jika tugasan tersebut mengambil masa yang lama untuk disiapkan, letak di petak DOING. Jika tugasan tersebut juga telah selesai siap, pindahkan ke petak DONE supaya kita jelas dan tahu tugasan apa yang telah kita siapkan.

Sebaiknya gunakan warna berbeza untuk setiap tugasan atau subjek yang berbeza. Cara ini adalah untuk mengelakkan kekeliruan anda. Pastikan anda meletakkan due date pada setiap tugasan supaya anda tahu prioriti tugasan yang disiapkan.

Saya sendiri hanya menggunakan kertas A4 untuk membuat TT. Saya buat tiga column untuk membahagikan TO DO, DOING dan DONE. Then, saya tampal saja di dinding bilik. Untuk mudah dialihkan, saya menggunakan sticky note berwarna. Itu cara saya. Terpulang kepada anda untuk menggunakan apa jua cara lain mengikut kreativiti anda.



Sekiranya anda mempunyai duit lebih, anda boleh membeli dan menggunakan whiteboard mini untuk membuat TT. Dengan menggunakan whiteboard, anda hanya perlu tulis dengan marker dan boleh dipadam mengikut keperluan. Ada guna magnetic whiteboard di pasaran. Penggunaan magnetic whiteboard mungkin mudah kerana anda tinggal untuk mengalihkan serta mengemaskini tugasan anda dengan magnetic button.




Selain TT, anda juga boleh menggunakan cara seperti gambar di bawah. Saya memanggil cara ini dengan nama "TASKS PLANNER". Untuk menggunakan cara tersebut, tidak semestinya anda menggunakan whiteboard sahaja. Anda boleh menggantikan whiteboard dengan manila card atau apa sahaja yang sesuai dan buat pembahagian column ala-ala kalendar seperti contoh di bawah ini. Cuma cara ini berbeza dengan TT kerana ia tidak mempunyai TO DO, DOING dan DONE.





Diharapkan perkongsian kali ini dapat memberi idea kepada anda untuk menyusun tugasan anda dengan lebih efektif dan sistematik. Terpulang kepada anda sama ada mahu menggunakan TT atau TASKS PLANNER. Asalkan cara yang anda pilih itu memudahkan dan menyenangkan anda semua.

Selamat mencuba =)


Ida Ahmad Azni

Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti Malaysia Sarawak. Mula menceburkan diri dalam penulisan blog pada tahun 2009. Bercita-cita untuk menjadi HR professional yang berjaya dan mempunyai angan untuk menjadi seorang penulis.

No comments:

Post a Comment