Tiap Kali Bumi Basah Ditimpa Hujan


Tiap Kali Bumi Basah Ditimpa Hujan 

Tiap kali bumi basah ditimpa hujan
Aku mengintai langit di sebalik jendela
Aku merenung langit kelabu dan hitam
Aku berfikir sejenak
Ada rasa resah dan takut dalam hati
Tiba-tiba panahan kilat memancar-mancar
Beserta dentuman yang kuat.

Aku berpeluk tubuh dan memejam mata
Mengusaikan rasa takut di benak perasaan
Aku meleraikan tubuhku
Dan membuka irisku semula
Sambil bersuara
Ya Allah, Allahu Akhbar.

Aku mash di jendela
Melihat rona-rona warna langit
Kelam tanpa cahaya
Tatkala aku merungkai resah di jiwa
Muhasabah diri.

Air mata merembes keluar
Syukur
Penyesalan telah membelenggu kalbu
Lantas ku kesat sedu-seduan syahdu
Meniggalkan lamunan
Bersujud di sejadah kesucian.

karya: Azidawatie Ahmad Azni


Ida Ahmad Azni

Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti Malaysia Sarawak. Mula menceburkan diri dalam penulisan blog pada tahun 2009. Bercita-cita untuk menjadi HR professional yang berjaya dan mempunyai angan untuk menjadi seorang penulis.

No comments:

Post a Comment