CIPTA 2014 at UNIMAS

 

CIPTA 2014 at UNIMAS

Sekarang tengah berlangsungnya pameran tahunan CIPTA 2014 (Cetusan Inspirasi Pelajar Tahun Akhir) di Fakulti Seni Gunaan & Kreatif (FSGK) bermula 21 Mei hingga 28 Mei 2014. Beberapa projek tahun akhir fakulti tersebut telah dipilih untuk dipamerkan sepanjang pameran itu berlangsung bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Bahan pameran adalah terdiri daripada seni halus, fotografi, seramik, animasi 3D, grafik, tekstil dan fesyen, reka bentuk perindustrian, pengurusan seni, muzik dan sinematografi. CIPTA 2014 bertindak sebagai platform untuk  pengurusan profesional oleh pelajar terhadap aktiviti seni. 

Selepas kelas tengah hari tadi, terus saya serbu masuk galeri pameran. Tak dapat nak bayangkan perasaan semasa berada di situ. Amaklumlah, first time pergi galeri pameran, haha. Kagum betul tengok hasil karya dieorang.

Cuba tengok drawing di bawah. Unik bukan?

Bukan sekadar peta nie. Ada latar di sebalik peta. Maaf, kanvas nie putih sebenarnya, tapi disebabkan faktor pencahayaan jadi kuning sedikit.


Saya tertarik sangat tengok drawing ala peta ni. Ada seorang lelaki ni cuba approach saya. Mula-mula, saya ingat dia AJK pameran, tetapi dia lah pemilik drawing tu sebenarnya. Namanya Junaidi bin Darwis. Dia sempat explain serba sedikit tentang artwork dia. Sebenarnya drawing ni peta biasa ja di atas kanvas putih. Tapi after tengok mlalui kamera dengan setting effect negatif, bru nmpk real effect scene '4 org tgh tension'. (Refer gambar di bawah)


Saudara Junaidi menggunakan oil on canvas & efek negatif



Berikut adalah antara hasil-hasil karya yang lain:

Anda percaya tak yang tuan punya artwork guna askar mainan yang diwarnakan untuk membentuk wajah di atas?



Kalau tengok yang ni, rasa macam nak makan. Macam oat pun ada.


Yang ni pulak bukan lukisan, tetapi animasi yang ditayangkan di skrin.











Selain daripada pameran, ada juga aktiviti-aktiviti lain sepanjang event besar tersebut. Antaranya adalah 10th Mini Film Festival yang terbuka kepada semua secara percuma pada 28 Mei 2014. Anda boleh menonton 10th Mini Film Festival ini secara live streaming di link INI.







Ida Ahmad Azni

Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti Malaysia Sarawak. Mula menceburkan diri dalam penulisan blog pada tahun 2009. Bercita-cita untuk menjadi HR professional yang berjaya dan mempunyai angan untuk menjadi seorang penulis.

No comments:

Post a Comment