Bicaraku di Pagi Indah
















Bicaraku di Pagi Indah

Keindahan pagi
Dengan kicauan burung
Keluar terbang bebas di udara
Mencari bekalan
Untuk dibawa pulang ke sarang.
Aku termenung tatkala
Memikirkan kekuasaan Tuhan
Menjadikan siang yang damai dan cerah
Membolehkan aku terus menjalani urusan duniaku
Yang menjadi rutin harianku selama aku hidup
Tanpa melupakan tanggungjawab lima waktuku
Yang telah terpatri dalam hidupku sekian lamanya.

Aku berfikir sejenak
Dapatkah aku melihat keindahan pagi
Seperti hari ini esok harinya?
Dapatkah aku sujud di sejadah kesucian
Seperti hari ini?
Dapatkah aku menyambung tugas harianku esok
Seperti hari ini?
Aku tiada mampu untuuk menjawab semua iu
Kerana tulisan takdirku telah ditentukan-Nya
Hanya perlu menunggu saat tibanya
Diangkat rohku bertemu Tuhan.

Jangan menangis wahai hatiku
Perjalanan di dunia hanya sementara
Bukan kau saja yang akan pergi
Malah semua makhluk bernyawa
Pasti bertemu ajal apabila tiba masanya kelak.

Maka demikian
Bersedialah kau wahai hati
Cukupkan dirimu dengan amalan dunia
Sebagai bekalan abadimu ke sana
Sebelum ajalmu menjelang tiba
Insaflah hatimu
Sementara kau masih sempat melihat pagi yang indah.

karya: Azidawatie Ahmad Azni


Ida Ahmad Azni

Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti Malaysia Sarawak. Mula menceburkan diri dalam penulisan blog pada tahun 2009. Bercita-cita untuk menjadi HR professional yang berjaya dan mempunyai angan untuk menjadi seorang penulis.

No comments:

Post a Comment