Rahmat di Sebalik Dugaan


Rahmat di Sebalik Dugaan

Andai dapat ku undurkan masa lalu,
ingin sekali aku menjauh darinya.

Andai dapat ku kembali ke saat itu,
ingin sekali ku tepis godaan syaitan laknatullah.

Andai dapat ku putar jam yang berdetik laju,
ingin sekali ku meninggalkan keasyikan cinta duniawi.

Namun,
semuanya kerana kelalaianku,
semuanya kerana keangkuhanku,
semuanya kerana aku mengabaikan nasihat sahabat dan teman.

Kini,
nasi sudah menjadi bubur.

Tapi,
masih belum terlambat
untuk memohon ampun dari Tuhan,
untuk berubah kepada lebih baik,
untuk memperbaiki kelemahan diri,
untuk mendekatkan diri kepada Allah,
dan
untuk mensucikan hati.

Wahai diri,
ingatlah bahawa apa yang terjadi ke atasmu
bukanlah sesuatu bala,
tapi kerana Allah merindui rintihan dan doamu kepada-Nya.

Wahai diri,
bukalah matamu seluasnya
lihat harta benda di sekelilingmu
semuanya hanya pinjaman sementara,
sedarlah dirimu tak punya apa-apa.

Maka,
janganlah dirimu berasa sombong,
janganlah dirimu berasa besar,
kerana ada yang lebih besar di atas sana.

Siapa?
DIA lah Allah Maha Berkuasa, 
Maha Besar, Maha Melihat dan Maha Mendengar.

karya: Azidawatie Ahmad Azni



Ida Ahmad Azni

Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti Malaysia Sarawak. Mula menceburkan diri dalam penulisan blog pada tahun 2009. Bercita-cita untuk menjadi HR professional yang berjaya dan mempunyai angan untuk menjadi seorang penulis.

No comments:

Post a Comment