Epilog Semalam,Kau Durjana!
















Epilog Semalam,Kau Durjana!

Epilog semalam
Menangkap minda
Pedihnya rasa
Tak terperi sakitnya
Memaksa aku untuk menitiskan air mata
Merenung gerbang kekhilafan yang lalu.

Duhai durjana!
Kau perosak imanku
Kau perosak hidupku
Kau perosak cita-citaku
Kau perosak segala-galanya.

Duhai durjana!
Pergi kau jauh dari hidupku!
Aku tak mahu lagi kau wujud di sekitarku!
Kerana kau hanya umpama bisa yang menular
Ke seluruh saraf fikiranku
Meracuni mindaku hingga aku tak mampu melihat yang hakiki
Merobek hati nuraniku
Hingga aku lupa pada Maha Mengetahui
Menundukkan diriku sehingga menjadi serendah-rendah manusia.

Duhai durjana!
Lembut bukan beerti lemah!
Diam bukan beerti takut!
Jangan kau sangka aku akan terjebak ke perangkapmu
Buat kali seterusnya
Kerana aku bukan seperti dulu
Yang mudah cair dengan kata-kata madah manis jeratmu
Kerana akau kini lebih tegas
Apabila bertarung dengan rasukan dunia
Yang sentiasa berlegar di mana-mana.

Duhai durjana!
Walau epilog semalam
Masih segar menikam fikiran
Aku tetap tegar menghadapinya
Kerana ku tahu setiap insan
Memang tak pernah lolos dari dosa
Begitu juga aku.

karya: Azidawatie Ahmad Azni




Ida Ahmad Azni

Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti Malaysia Sarawak. Mula menceburkan diri dalam penulisan blog pada tahun 2009. Bercita-cita untuk menjadi HR professional yang berjaya dan mempunyai angan untuk menjadi seorang penulis.

No comments:

Post a Comment