Baitullah, Impianku



















Baitullah, Impianku

Di hujung solat-solatku
Aku setia
Mengukir stanza doa
Mengemis secebis harapan
Mengharap telapak kaki ini
Dapat menjejak ke tanah suci.

Di hujung solat-solatku
Aku himpun seberkas taqwa
Di hujung rasa
Meminta dan terus meminta
Moga impian jadi nyata
Berselimut putih membaluti diri
Mengunjugi Baitullah
Menjadi tetamu rumah Ilahi.

karya: Azidawatie Ahmad Azni



Ida Ahmad Azni

Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti Malaysia Sarawak. Mula menceburkan diri dalam penulisan blog pada tahun 2009. Bercita-cita untuk menjadi HR professional yang berjaya dan mempunyai angan untuk menjadi seorang penulis.

No comments:

Post a Comment