HambaMu Yang Hina
















HambaMu Yang Hina

Diri ini hambar dan sunyi
Jiwa ini kosong
Tanpa kemanisan iman
Tanpa zikrullah serta selawat.

Astaghfirullah
Diriku kotor dicemari dosa
Ku habiskan sisa hidupku
Dengan dusta dunia penuh kepuraan
Terlalu butakah hamba menilai cintaMu?

Subhanallah
Terlalu besar dan agungnya cintaMu
Tak ternilai nilai cintaMu yang tinggi
Tak terhitung nilai kasihMu yang bercambah tiap hari
Jika dibandingkan dengan cinta palsu
Yang aku curahkan pada-Mu.

Astaghfirullah
Ternyata hidup hamba
Jauh benar menyimpang dariMu
Tapi Engkau masih sudi memandang hamba
Dan sentiasa bersama hamba
Dan mendengar rintihan hamba yang melimpah-limpah.

Alhamdulillah
Aku baru tersedar dari mimpi yang mengkhayalkan
Mimpi yang mengaburi pancainderaku
Sesungguhnya tak pernah sesekali Engkau menzalimi aku
Tetapi akulah yang selalu menzalimi diriku sendiri. 

Allahu Kabir
Sudikah Engkau menerima cinta hamba
Yang hina dengan longgokan dosa ini?
Moga keampunan mendapat tempat
Untuk hamba yang sering lupa diri.

Ya Allahu Rabbi
Aku amat mendambakan cintaMu
Aku amat mengharapkan pertemuan denganMu
Sebagai bukti lafaz cintaku
Yang tak pernah berbelah bahagi.

Ya Ilahi Rabbi
Sesungguhnya Engkaulah penawar segala masalah
Engkaulah pengubat segala derita
Sesungguhnya Engkaulah Maha Cinta Teragung
Engkaulah tempat aku bergantung hidup
Kerana-Mu nafasku berdegup membawa janji
Menjadi hamba kepadaMu
Dan keranaMu aku dapat melihat
Kematian tersenyum padaku
Seakan memanggil aku ke taman syurgaMu.

karya: Azidawatie Ahmad Azni



Ida Ahmad Azni

Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti Malaysia Sarawak. Mula menceburkan diri dalam penulisan blog pada tahun 2009. Bercita-cita untuk menjadi HR professional yang berjaya dan mempunyai angan untuk menjadi seorang penulis.

No comments:

Post a Comment