Ustaz Don at UNIMAS, Kota Samarahan, Sarawak


Ustaz Don at UNIMAS, Kota Samrahan, Sarawak

Pada 29 Disember 2012 yang lalu, Yang Berbahagia Ustaz Don Daniyal Don Biyajid telah menjejakkan kaki di UNIMASku yang tercinta =) 

Ustaz Don telah dijemput oleh Fakulti Kejuruteraan UNIMAS untuk menyampaikan perkongsian ilmu dalam program Bicara Ilmu "Inspirasi Remaja Islam".

Selain program itu, Ustaz Don juga terlibat dalam program lain juga di Sarawak seperti iklan di bawah:




Ustaz Don di atas pentas nan indah dan gemilang

Ribuan penonton membanjiri DeTAR UNIMAS
Buku terbaru Ustaz Don

Saya akan kongsi serba sedikit kalam ilmu daripada Ustaz Don dalam program ini.

Mengikut Ustaz Don, tidak salah bercinta sebelum kahwin dalam Islam asalkan menjaga batas-batas dan syariat. Tips dari Ustaz Don, jika nak keluar dengan si dia, keluarlah beramai-ramai dengan kawan-kawan. Jangan pernah keluar berdua-duaan kerana boleh mengundang bisikan orang ketiga iaitu syaitan.

Selain itu, dalam menuntut ilmu, kita hendaklah menghormati guru kita kerana ada berkatnya. Jadi, kita tidak boleh melawan guru atau menyakiti hati guru. Walaupun guru kita seorang yang tidak baik atau dalam erti kata lain iaitu "jahat", kita hendaklah hormat guru juga kerana jahatnya seorang guru adalah antara dia dan Allah bukannya dengan kita.


p/s: Saksikan TeleMovie Cinta Kun Fayakun lakonan Heliza Hemi dan Iskandar Ishak pada 11 Januari 2013 di TV ALHIJRAH.




Ida Ahmad Azni

Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti Malaysia Sarawak. Mula menceburkan diri dalam penulisan blog pada tahun 2009. Bercita-cita untuk menjadi HR professional yang berjaya dan mempunyai angan untuk menjadi seorang penulis.

No comments:

Post a Comment