Muhasabah Diri Kita Kaum Hawa



Kadang-kadang,
Allah berikan kita keseronokan,
untuk menguji kita dengan keseronokan yang kita rasa itu.

Kadang-kadang,
Allah duga kita dengan perkara yang membuat kita kecewa,
untuk menduga kesabaran dan ketabahan hati kita.

Kadang-kadang,
tak cukup dengan ujian keseronokan,
Allah hantar pula insan-insan yang membawa pengaruh yang tidak baik,
insan-insan yang melalaikan kita dalam urusan agama,
hingga kita rasa lali dengan dosa yang kita lakukan.

Silapnya seorang perempuan ialah,
bila dia percaya, maka dia terlalu percaya.
Bila dia menyayangi, maka dia menyayangi sepenuh hati.
Bila dia memberi, maka dia berikan segala-galanya.

Kerana itulah,
bila berhadapan dengan seorang lelaki,
perempuan perlu lebih berhati-hati.

Janji manis di bibir itu,
mungkin menjadi sembilu yang akan menghiris hati bertahun lamanya.
Impian dan harapan indah itu,
mungkin menjadi selumbar yang melukakan.

Makanya,
Selagi belum pasti,
jangan memberi sepenuh hati.
Selagi belum memiliki dan dimiliki secara halal dan sah,
jangan memberi segala-galanya.

Bila kita terlalu mudah memberi,
maka kelak nanti kita akan sangat sukar melepas pergi.

 
~Pesanan buat diriku dan kaum hawa di luar sana~



Ida Ahmad Azni

Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti Malaysia Sarawak. Mula menceburkan diri dalam penulisan blog pada tahun 2009. Bercita-cita untuk menjadi HR professional yang berjaya dan mempunyai angan untuk menjadi seorang penulis.

No comments:

Post a Comment