Awak, Jom Kita Berubah
***Si lelaki dan si perempuan ni berkawan rapat.
Semua masalah mereka kongsi bersama.
Terasa senang dan seronok kerana ada yang mengambil berat.
Pernah mereka keluar bersama, makan bersama.
Mereka pernah berjalan bersama.
Call dan mesej tak kira masa.
Walaupun mereka tidak pernah bersentuhan kulit,
Namun hati mereka saling bersentuhan.
Bila lelaki dan perempuan berkawan secara akrab,
akan timbul perasaan sesama mereka.
**
Suatu hari, si lelaki terbaca satu artikel Hilal Asyraf.
Tentang cinta.
**
Si lelaki rasa terpukul, terpana, terasa.
Semua rasa ada masa tu.
Aku sayang dia.
Tapi kenapa aku makin bawak dia ke neraka?
Astaghfirullah.
Kalau betul aku cinta dia, aku mesti nak bawak dia ke syurga,
Tapi kenapa aku terus ikut nafsu?
**
Si lelaki tu sedar dia silap selama ni.
Dia still solat, mengaji, tapi dia makin lalai,
lalai dengan dunia,
Endah tak endah tentang dosa.
Patutlah Allah tak bagi dekati zina.
Sebab end up jadi taksub pada cinta manusia.
Dari sms, lepas tu call, dengar suara, berjumpa.
Bila hari-hari berhubung, lama-lama hati jatuh sayang,
Rasa resah kalau tak dengar khabar sehari.
Hakikatnya semua tu nafsu.
Syaitan ketawa bersorak bila manusia masuk perangkap jahat dia.
**
Si lelaki malu.
Malu sangat pada Allah.
Ilmu amal pun tak setinggi mana.
Study, kerja pun entah ke mana.
Ada hati nak bermain cinta.
**
Si lelaki buat solat sunat.
Mohon ampun pada Allah.
**
Bila rasa tenang, si lelaki wasap si perempuan.
**
Awak, saya tak nak dah semua ni.
Semua ni cara yang salah.
Saya minta maaf.
Saya nak berubah, berubah menjadi yang lebih baik.
InshaAllah,
kalau betul awak jodoh saya,
kita pasti dipertemukan kembali dalam ijab qabul suatu hari nanti,
bukan dengan cara macam ni.
Saya harap awak terima keputusan saya,
Saya harap awak sedar dan jelas.
Saya dan awak masih belajar.
Kita tak boleh hampakan ibu bapa kita.
Kita perlu usaha jadi yang lebih baik,
kerana hidup ni tak lama.
Kita akan kembali suatu hari nanti.
Awak,
yang dah lepas, biarlah jadi pengajaran buat kita.
Awak, jom kita berubah.
Kita kena malu dengan Allah.
Kita kena mintak ampun pada Allah.
Kita dah banyak buat salah.
Mudah-mudahan Allah ampunkan dosa-dosa kita.
**
Wasap sent.
Off phone.
**
Si lelaki berkata dalam hati.
" Maafkan saya, awak.
Walaupun susah untuk saya telan semua ni, tapi
biar kita sakit sekarang,
daripada sakit di kemudian hari.
Susah, memang susah.
Tapi, saya akan cuba bergantung sepenuhnya pada Allah.
Sebab Allah yang pegang hati kita.
Saya tak kan benci awak.
Saya akan doa supaya Allah beri hidayah pada awak.
Dan semoga Allah selalu menjaga saya dan juga awak. "
Cinta itu tidak salah, tapi, kita yang bersalah kerana tidak mengawal perasaan suci itu. Jangan biarkan cinta merosakkan diri kita.
Updated: 9 September 2014, Selasa
No comments:
Post a Comment