My Journey to Sarawak: Sambung Ijazah di UNIMAS

Hati berdebar sekali ketika hari keputusan UPU. Takut, risau, nervous, semuanya bercampur baur. Selepas check, alhamdulillah lega tak terkata – ditawarkan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Cumanya, pelbagai rasa timbul…hmm di Sarawak, kena naik kapal terbang, abah izinkan ke tidak?




Akhirnya, persiapan semua dimulakan. Itu tandanya tawaran daripada UNIMAS telah saya terima. Yeay!

My Journey to Sarawak: Sambung Ijazah di UNIMAS 

UNIMAS, aku datang. Saya akan menyambung ijazah di UNIMAS selama 3 tahun. Tak sangka pula dapat ke bidang yang agak baru bagi saya. Alhamdulillah. Terima kasih, ya Allah.

Perjalanan ke Sarawak bermula pada 30 Ogos 2012, tengah hari dari Kulim, Kedah dengan menaiki bas sahaja. Satu keluarga pergi termasuk parents dan dua orang adik. Hal ini juga merupakan peluang keemasan bagi mereka kerana berkesempatan untuk ke Sarawak. Lebih kurang jam 7 malam sampai di Putrajaya Sentral. Kami sekeluarga bermalam di Kajang, rumah pak saudara saya. Keesokan harinya, 31 Ogos, kebetulan Hari Kemerdekaan Malaysia, kami sekeluarga bertolak ke KLIA pada jam 5 petang dengan teksi yang disewa oleh pak saudara.



seat depan teksi yang disewa


Kira-kira jam 11.10 malam, kami sekeluarga mendarat di Kuching International Airport. Kami dijemput oleh kereta yang disewa dan bermalam di sebuah apartment rumah kedai di Desa Ilmu, Kota Samarahan.


sebahagian daripada kawasan perumahan di Desa Ilmu


Keesokan hari, 1 September 2012, tengah hari, saya keluar bersama keluarga untuk membeli barang-barang keperluan untuk dibawa ke UNIMAS. Selepas siap beli barang, tibalah masa untuk ke universiti yang akan menjadi tempat menimba ilmu selama 3 tahun. Setibanya di Kolej Cempaka, saya beratur untuk mendaftar. Selepas settle semuanya, saya pergi cari bilik untuk letak semua barang dalam bilik.


beg galas UNIMAS


baju t-shirt UNIMAS


After next two days, bermula lah Minggu Aluan Pelajar (MAP). Apa tu MAP? MAP tu orientasi untuk pelajar baru. Sepanjang orientasi, kami semua perlu bangun awal pagi. Subuh di Sarawak sangatlah awal dalam jam 5.15 masa ni. Selepas selesai solat Subuh, semua perlu berkumpul di dataran kolej untuk sarapan dan seterusnya kena berjalan pula tu ke Dewan Tunku Abdul Rahman (DeTAR). Berjalan kaki ke sana ambil masa setengah jam juga. Begitulah sepanjang orientasi. Keluar pagi, baliknya malam. Letih sangat. Tapi, itulah namanya orientasi. At least, dapat pengalaman dan boleh kenal-kenal dengan kawan baru.




Hari yang paling bersejarah bagi kami ialah Majlis Ikrar Pelajar. Selepas dah ikrar tu, rasa seronok tak terkira sebab dah rasmi jadi mahasiswa mahasiswi. Dan hari seterusnya bermulalah perjalanan semester pertama di UNIMAS.


Majlis Ikrar Pelajar di DeTAR


Ida Ahmad Azni

Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti Malaysia Sarawak. Mula menceburkan diri dalam penulisan blog pada tahun 2009. Bercita-cita untuk menjadi HR professional yang berjaya dan mempunyai angan untuk menjadi seorang penulis.

4 comments:

  1. waaaaaaaaaaaaaaaah...seronoknyer..gud luck sis.!!~

    ReplyDelete
  2. Hai, nak tanya , waktu daftar bilik tu, boleh ke pilih roomate ? maksudnya, daftar sama2 .. tlg bagi jawapan :)

    ReplyDelete
  3. @Anonymous Setahu saya, xdapat pilih roommate. Juz ikut pihak kolej tentukan. No need to worri. Untuk pertanyaan lanjut, leh join group fb ni: Bakal Mahasiswa UNIMAS - official group by MPP UNIMAS

    ReplyDelete