NUZUL AL-QURAN



Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW.

Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW, maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’.

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW, ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq.

Maksudnya:
" Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk); Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. ” (Al-‘Alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatul Qadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT:

Maksudnya:
" Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul Qadar; Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul Qadar itu?; Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan; Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! " (Al-Qadar:1-5)

Nabi Muhammad SAW banyak membaca al-Quran dalam bulan Ramadhan. Maknanya, Nabi Muhammad juga belajar secara berguru iaitu dengan Jibril a.s dan umatnya juga dituntut belajar dengan berguru.

Nabi Muhammad SAW juga mengulang-ulangi bacaaan al-Quran, begitu juga dengan para sahabat. Nabi berlumba-lumba antara satu sama lain untuk menghabiskan bacaan al-Quran dan menghafaz sebaik mungkin.
Nabi bersabda maksudnya:” Semulia-mulia umatku ialah orang yang menghafaz al-Quran. ”

. al- Quran pemberi transformasi .

Oleh yang demikian, para sahabat juga berlumba-lumba membaca al-Quran di bulan barakah ini. Ramadhan juga disebut bulan jihad. Ini kerana banyak peristiwa pertembungan antara iman dengan kufur. Banyak peristiwa kemenangan Islam berlaku pada bulan Ramadhan.

Antara peristiwanya ialah Badar al-Kubra. Ia berlaku pada hari jumaat iaitu 17 Ramadan pada tahun 2 Hijrah di mana umat islam telah mencapai kemenangan. Dalam bulan Ramadhan juga berlaku pembukaan kota Mekah pada tanggal 10 Ramadan tahun 8 Hijrah tanpa peperangan dan pentumpahan darah. Nabi memimpin 10000 tentera Islam dan Makkah dibebaskan daripada syirik dan mengangkat tauhid.


. senang je . topup ibadat tuk dapat bonus 10 malam terakhir .


. kejar malam Lailatul Qadar . kejar jgn x kejar . haha .


Mengapa umat Islam tidak mengambil manfaat daripada kehadiran bulan Ramadhan setahun sekali ini. Mungkin disebabkan ramai umat Islam yang masih terikat dengan adat-adat dalam menjalani bulan Ramadhan ini. Hal ini demikian kerana orang Melayu tidak dibentuk kefahaman mereka tentang makna sebenar Ramadhan.

Jika diperhatikan orang Arab, bulan Ramadhan mereka rai dengan bersungguh-sungguh. Hari raya mereka tidak meraikannya sangat. Ramadhan mereka rai terutama 10 terakhir Ramadan.

Apa yang berlaku dalam masyarakat Melayu ialah minggu pertama dan kedua, sambut menyambut Ramadhan dengan ghairah. Masjid dan surau penuh dengan orang tetapi apabila 10 malam terakhir, penghuni surau dan masjid menjadi kurang.

Sudah menjadi adat, orang Melayu sibuk dengan persiapan meyambut kehadiran hari raya. Mereka sibuk membeli-belah, sibuk membuat kuih raya. Kesannya, mereka meninggalkan 10 fasa terakhir yang disebut Nabi Muhammad s.a.w sebagai “pelepasan daripada azab neraka”. Sepatutnya, 10 malam terakhir Ramadhan, umat Islam mesti banyak bertaubat, muhasabah, berzikir dan memperbayakkan ibadat. Tapi, anda lihat lah apa yang berlaku. Faham2 kan la yer.

Sahabat, belum tentu bulan Ramadhan yang dinikmati tahun ini akan ditemui pada tahun berikutnya. Jadi, sama-samalah kita muhasabah diri dan memperbaiki segala kekurangan yang ada pada diri kita.

p/s: Salam Nuzul Quran (17 Ramadhan 1433H bersamaan 6 Ogos 2012, hari Isnin) wat korang semua ^_^




Ida Ahmad Azni

Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti Malaysia Sarawak. Mula menceburkan diri dalam penulisan blog pada tahun 2009. Bercita-cita untuk menjadi HR professional yang berjaya dan mempunyai angan untuk menjadi seorang penulis.

No comments:

Post a Comment