RAMADHAN

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN
Jika datang Ramadhan, maka akan terbuka pintu
syurga, tertutup pintu neraka dan syaitan-syaitan akan dibelenggu atau dirantai
[HR MUSLIM]


Alhamdulillah.. Lebih kurang seminggu lebih sahaja lagi, kita akan berpuasa sekali lagi dalam bulan yang mulia ini. Bulan Ramadhan atau disebut bulan puasa memang dinanti-nantikan kedatangannya kerana ia dikatakan 'penghulu segala bulan'. Dalam bulan inilah semua orang Islam diwajibkan berpuasa, suatu amalan yang amat tinggi nilainya di sisi Allah S.W.T.

Kenapa Ramadhan dipanggil 'penghulu segala bulan'? Ini adalah kerana dalam bulan ini Allah menurunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W. Di samping itu, dalam bulan Ramadhan, ada satu malam yang digelar 'Lailatul-Qadr'. Malam ini mempunyai kelebihan yang menyamai amalan 1000 bulan (83 tahun) malahan lebih lagi. Ini bermakna hanya beramal satu ibadat diberikan pahala seolah-olah mengerjakan ibadat itu selama 83 tahun.

Nabi Muhammad ada menjelaskan "Permulaan Ramadhan adalah rahmat, pertengahannya pengampunan manakala akhir Ramadhan merupakan pelepasan dari seksa neraka." Betapa besar rahmat Allah diberikan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W. Meskipun berusia pendek namun ganjaran pahala yang diberikan seolah-olah menjadikan usia kita lebih panjang.

Rejab, Sy'aban dan Ramadhan adalah gandingan bulan yang mulia. Rejab dikatakan bulan milik Allah, Sya'ban milik Nabi Muhammad dan Ramadhan bulan bagi umat Muhammad. Ini bermakna bulan Ramadhan yang akan kita lalui tidak lama lagi adalah bulan paling istimewa bagi kita umat Nabi Muhammad. Oleh sebab itu, apabila kita rasa gembira untuk menyambut ketibaan Ramadhan sahaja (belum berpuasa lagi), Allah mengharamkan kita dari api neraka. Malang bagi sebahagian daripada kita terlalu gembira menyambut kedatangan awal tahun 2012 sehingga bersekang mata menunggu beramai-ramai ketibaan 1 Januari - 12.00 tengah malam dengan sukaria tetapi dengan Ramadhan tidak pula disambut begitu rupa. Neraca apakah penilaian yang kita gunakan?

Sepanjang Ramadhan kita berpuasa, menahan anggota dari melakukan perkara yang membatal atau mencederakan puasa. Setiap saat dipermudahkan untuk melakukan ketaatan kepada Allah. Pendek kata kita boleh mendapat pahala sepanjang masa dalam Ramadhan. Ini tidak dapat dilakukan pada bulan-bulan lain dan dalam ibadat-ibadat lain.

Sama-samalah kita memohon keampunan ke hadrat Allah S.W.T sempena Ramadhan tahun 1433yang bakal menyusul ini. Semoga kita memperolehi keselamatan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Amin. Kerana kita belum pasti akan bertemu dengan Ramadhan tahun 1434.


Jadi, untuk bulan Ramadhan kali ini, kita jadikan sebagai bulan perubahan..

It's time to make a change..

This RAMADHAN, time to recharge our IMAN and revive the Deen in our heart..

Let's come back to Islam..

Let's start to lead our Life according to Islam based on Quran and Sunnah..

Let's recite Quran as often as we can..

Let's do qiamullail, tahajjud and make du'a oftenly..

Let's get more closer to Allah..






~ checklist amalan ramadhan ~


bangun awal pagi

solat sunat taubat

bersahur

bersugi

membaca al-Qur'an

berselawat untuk Nabi s.a.w

solat terawih

niat berpuasa sebelum tidur

tidur awal supaya dapat bangun awal

banyak berdoa supaya dipertemukan dengan lailatul qadar

menghadiri majlis ilmu/ membaca buku ilmiah

beristighfar




Ya Allah, terimalah amalan kami yang kerdil dan bergelumang dengan dosa ini. Ampunilah kami sebagaimana Engkau mengampunkan umat terdahulu. Sesungguhnya kami sangat bergembira dengan kedatangan Ramadhan ini. Kami sedar sabda rasulmu bahawa mereka yang gembira menyambut Ramadhan, Engkau haramkan dari api neraka. Oleh itu, kami memohon sepenuh hati semoga kami juga Engkau jauhkan dari azab neraka. Amin..




Ida Ahmad Azni

Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti Malaysia Sarawak. Mula menceburkan diri dalam penulisan blog pada tahun 2009. Bercita-cita untuk menjadi HR professional yang berjaya dan mempunyai angan untuk menjadi seorang penulis.

No comments:

Post a Comment