RINDU RASULULLAH S.A.W PADA UMAT AKHIR ZAMAN

Salam ukhuwah fillah buat sahabat2 =)

Apa khabar iman kalian? Alhamdulillah, hari ini ada sedikit kelapangan untuk saya berkongsi serba sedikit ilmu dan renungan untuk para pembaca..


Cinta sesama manusia adalah lumrah dan rasa cinta itu boleh disuburkan..

Bagaimana pula cinta kita kepada Rasulullah S.A.W yang tidak pernah kita kenali secara dekat, malah tidak pernah kita lihat rupanya??

Mudah kita melafazkan dengan kata secara lisan bahawa, " AKU CINTA RASULULLAH S.A.W ".. Tapi, adakah benar kita mencintai Baginda sesungguhnya??
Tepuk dada, tanya hati anda..

Kata orang, tak kenal maka tak cinta..

Untuk mencintai Rasulullah S.A.W, kita harus kenal Baginda dari segala aspek.. Kita harus menghayati sirah atau sejarah hidup Baginda.. Kita harus mengamalkan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian kita.. Kita perlu berselawat ke atas Baginda..

Dengan cara demikian, insya-Allah semakin mendalam rasa cinta kita pada Rasulullah S.A.W..


Tahukah anda bahawa Rasulullah merindui kita??
Adakah anda ingat dan merindui Baginda seperti Baginda merindui kita??

Hayati kisah ini...

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.


Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.


Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.


Wajahnya yang tenang berubah warna.


"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.


"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.


"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.


Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.


Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."


Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.


"Malaikat," jawab sahabat.


"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.


Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."


"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."


"Mungkin kami," celah seorang sahabat.


"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.


"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.


"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.


"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.


Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu..


p/s: Renungkanlah sahabat.. Marilah kita sama2 muhasabah diri kita.. Then, nak promote filem Naskhah Cinta Rasulullah yang merupakan hasil karya Geng Penangkap Cahaya dengan terbitan Guru Pelatih Islam IPG Kampus Perlis.. Dihasilkan bagi menzahirkan manifestasi cinta kepada junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w. Selamat Menonton ^_^






Ida Ahmad Azni

Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti Malaysia Sarawak. Mula menceburkan diri dalam penulisan blog pada tahun 2009. Bercita-cita untuk menjadi HR professional yang berjaya dan mempunyai angan untuk menjadi seorang penulis.

No comments:

Post a Comment