Nissa’ itu Perindu Ukhuwah








Nissa' itu Perindu Ukhuwah

Aku masih berdiri di halaman rindu
Melihat kuntuman bunga mekar
Mekarnya tidak menghiasi taman raudhah
Mekarnya merintih sayu
Mekarnya mencari jejak sang serangga dan si rama-rama
Untuk hinggap di atas kelopaknya
Menghirup madu ukhuwah fillah
Yang retak bagaikan kaca berderai seribu.

Teman dan sahabat
Antara kita
Berdirinya seorang perindu ukhuwah
Tetap teguh bertahan
Walaupun jiwa terseksa
Perindu itu adalah aku
Nissa’ yang menangis dalam hati kerana sakit rindu
Nissa’ itu adalah aku.

Teman dan sahabat
Pernah sekali ku berfikir
Kemana hilangnya
Keramahan dan keakraban kita?
Mengapa kasih sayang dan ukhuwah kita ada penghalang?

Hari demi hari
Soalan yang sama
Bertalu-talu bergema di telinga
Padahal jawapannya tetap sama
Tetap tidak berubah.

Teman dan sahabat
Setiap kali soalan itu bermain di fikiran
Hatiku menjawab
Semuanya kerana Allah
Bertemu dan berpisahnya kita
Kerana kasih Ilahi
Redhalah apa terjadi
Tiada guna dikesali
Mungkin di satu sudut terletak
Hikmah yang tersembunyi dari pandangan.

karya: Azidawatie Ahmad Azni



Ida Ahmad Azni

Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti Malaysia Sarawak. Mula menceburkan diri dalam penulisan blog pada tahun 2009. Bercita-cita untuk menjadi HR professional yang berjaya dan mempunyai angan untuk menjadi seorang penulis.

No comments:

Post a Comment