Andai Itu Takdirnya
















Andai Itu Takdirnya

Perjalanan dalam kehidupan
Tidak pernah lekang dengan ujian
Ia datang dan pergi
Mengikut roda putaran masa.

Hakikat dalam kehidupan
Dugaan bersilih ganti
Adakalanya pahit
Adakalanya pedih
Menikam sanubari.

 Aku jua sering tertewas
Dengan ranjau kehidupan
Betapa perit getirnya
Ku melawan suatu dugaan
Sendirian tanpa orang lain tahu.

Senyumanku hanya meniti di bibir
Tapi di hati berbunga sayu
Rasa putus asa kian membelenggu
Rintihan demi rintihan aku ungkapkan
Hingga aku lupa akan wujudnya Tuhan Yang Maha Esa.

Dugaan..ujian..
Bukannya terbatas untuk hari ini
Malah untuk selamanya
Selagi kita bergelar hamba kepda-Nya.

Walau hati mengucap sabar
Jiwa seakan terus bertanya
Mengapa dugaan ini harus dilalui?

Ku pujuk diri
Mencari redha Ilahi.

Titisan air mata menyembah bumi
Penuh penyesalan
Andai itu takdirnya
Untuk apa dikesali
Sesuatu yang terjadi.

Bangkitlah dari kekecewaan
Tegakkan semula iman kekuatan
Jadikan pengalaman
Sebagai pengajaran untuk masa akan datang
Pasrahkan diri menerima takdir Ilahi
Kerana setiap ujian pasti ada hikmahnya
Itulah janji Tuhan!

karya: Azidawatie Ahmad Azni



Ida Ahmad Azni

Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti Malaysia Sarawak. Mula menceburkan diri dalam penulisan blog pada tahun 2009. Bercita-cita untuk menjadi HR professional yang berjaya dan mempunyai angan untuk menjadi seorang penulis.

No comments:

Post a Comment